suria

REACH: Bertindak Segera Atau Lebih Ramai Nyawa Terkorban

Aktiviti pembersihan tanah merupakan punca utama hakisan tanah berlaku di Cameron Highlands.Foto CHAN TAK KONG/The Star
Aktiviti pembersihan tanah merupakan punca utama hakisan tanah berlaku di Cameron Highlands.Foto CHAN TAK KONG/The Star
Aktiviti pembersihan tanah merupakan punca utama hakisan tanah berlaku di Cameron Highlands.Foto CHAN TAK KONG/The Star

CAMERON HIGHLANDS: Beberapa pencinta alam sekitar menasihatkan pihak berkuasa supaya bertindak segera untuk menghentikan kemusnahan Cameron Highlands atau menyaksikan lebih ramai nyawa akan terkorban.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), R. Ramakrishnan berkata, amalan pertanian tidak terkawal sejak beberapa dekad menyebabkan penduduk di kawasan itu akan berdepan bencana tanah runtuh atau banjir kilat akibat hakisan tanah.

Menurutnya, ini termasuk pembersihan tanah dilakukan di kawasan bukit dan penanaman sayur-sayuran di sepanjang jalan dan rizab sungai selain pembuangan sampah ke dalam sungai.

"Jika tiada apa-apa dilakukan, satu bencana besar akan berlaku suatu hari nanti dan lebih ramai nyawa akan terkorban.

"Adakah itu perlu berlaku supaya tindakan segera boleh dilakukan? Siapa yang harus dipersalahkan nanti?," katanya.

Kekecewaannya jelas difahami dimana REACH pernah mengetengahkan isu ini sejak 13 tahun lalu.

Ramakrishnan menyifatkan gejala rasuah sebagai punca utama untuk tidak menghentikan pembersihan tanah manakala sikap tamak golongan petani merupakan faktor kedua.

Beliau terkejut dengan kenyataan Pegawai Daerah Cameron Highlands, Datuk Ahmad Daud yang menyifatkan keadaan di kawasan itu adalah terkawal.

Beliau berkata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengakui bahawa masalah itu hanya boleh diselesaikan sekiranya para petani berhenti mementingkan keuntungan semata-mata.

"Golongan petani adalah oportunis. Jika tiada tindakan serius diambil terhadap mereka, mereka akan terus melakukan seperti yang dilakukan sekarang," kata Ramakrishnan.

Sepanjang tahun ini, beliau berkata REACH telah membuat banyak laporan mengenai situasi di Cameron Highlands dan menghantar surat kepada Pegawai Daerah, Menteri Besar dan Ahli Parlimen.

"Kami tidak pernah menerima maklum balas. Ia seperti pihak berkuasa dibayar untuk menutup mulut setiap kali laporan media disiarkan," katanya.

The Star melaporkan aktiviti pembersihan tanah yang mengejutkan beberapa kali pada tahun ini dengan pihak berkuasa setiap kali berjanji untuk mengambil tindakan.

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (PPAM), Prof Dr Maketab Mohamed berkata, aktiviti penguatkuasaan seolah-olah tidak pernah dilakukan.

Beliau berkata, banjir lumpur di Lembah Bertam pada 23 Oktober lalu tidak akan berlaku sekiranya aktiviti penguatkuasaan dilakukan secara konsisten.

Katanya, isu rasuah merupakan topik yang sering diperkatakan dikalangan penduduk di Cameron Highlands.

"Mereka amat pesimistik mengenai keseluruhan keadaan. Antara komen yang sering didengar adalah 'perkara tidak akan berubah," katanya.

Dr Maketab berkata, jika pegawai daerah tegas mengenai perobohan bangunan masuk ke dalam kawasan rizab Sungai Bertam, kesan banjir lumpur mungkin tidak begitu teruk.

Malah, beliau berkata, takungan empangan, Tasik Ringlet, tidak akan melimpah jika penguatkuasaan tegas dilakukan terhadap pembersihan tanah.

Katanya, Menteri Besar dan pegawai daerah merupakan dua individu paling berkuasa perlu menyelesaikan masalah ini.

"Jika mereka bekerjasama dalam menguatkuasakan peraturan, semua masalah di Cameron Highlands dapat diselesaikan dalam tempoh kuran setahun," katanya.

Beliau berkata, Suruhanjaya Diraja akan memberikan laporan tidak adil mengenai situasi tersebut manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus terlibat kerana gejala rasuah merupakan faktor utama.

Artikel Lain