suria

Polis Lakukan Rampasan Rokok Terbesar Di Sabah Bernilai RM2.5 Juta

Hamza (dua, kiri) bersama pegawai-pegawainya melakukan pemeriksaan terhadap rampasan.
Hamza (dua, kiri) bersama pegawai-pegawainya melakukan pemeriksaan terhadap rampasan.
Hamza (dua, kiri) bersama pegawai-pegawainya melakukan pemeriksaan terhadap rampasan.

KOTA KINABALU: Polis berjaya melakukan rampasan terbesar rokok seludup dengan rampasan bernilai kira-kira RM2.5 juta yang dari sebuah stor di sini.

Rokok-rokok yang diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan telah dirampas dari sebuah rumah kosong di Inanam berhampiran ibu negeri.

Bagaimanapun, tiada siapa yang ditangkap setakat ini dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 4 pagi Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata rampasan dilakukan semasa Ops Cantas khas oleh polis Marin sedang dijalankan.

"Pihak polis marin menerima maklumat mengenai penghantaran barang-barang yang diseludup pada 10 Oktober dan membuat rampasan itu selepas hampir tiga minggu pemantauan.

"Ini adalah rampasan rokok terbesar bagi Sabah setakat ini dalam tahun ini," katanya, Isnin.

Hamza berkata semua rokok berjenama 'EKA' merah dan hijau berjumlah 124,500 paket bernilai RM2,454,750 akan dihantar kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata polis percaya rokok EKA itu adalah sebagai menggantikan rokok jenama ERA sedia ada yang dijual di pasaran.

"Kami sedang mencari pemilik rumah untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel Lain