suria

Empat Kementerian Capai Tahap 80 Peratus Penggunaan Bahasa Kebangsaan - DBP

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan (dua, kiri) menerima buku 'Pantun Warisan Khazanah Budaya Bangsa' yang disampaikan Pengerusi Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP), Datuk Mohd Said Yusof (kanan) pada majlis pelancaran buku dan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri Melaka, Isnin. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (tengah) dan Setiausaha Kerajaaan Negeri Datuk Naim Abu Bakar (kiri). Buku tersebut menghimpunkan 25,000 rangkap pantun lama dan baru. -fotoBERNAMA

MELAKA: Empat kementerian telah mencapai tahap 80 peratus penggunaan bahasa kebangsaaan dalam urusan rasmi, kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Awang Sariyan.

Beliau berkata empat kementerian itu ialah Kementerian Pendidikan; Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan Kementerian Kewangan.

Selain empat kementerian itu, hasil audit bahasa yang dilaksanakan DBP menunjukkan Jabatan Perkhidmatan Awam juga memperoleh pencapaian yang sama iaitu berada pada skala empat.

"Semua kementerian dan jabatan perlu mencapai skala lima atau 100 peratus memandangkan negara telah mencapai kemerdekaan selama 56 tahun dan bahasa kebangsaan adalah maruah negara," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini Isnin.

Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang turut melancarkan buku Pantun Warisan Khazanah Budaya Bangsa menghimpunkan 25,000 rangkap pantun oleh Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP).

Bermula tahun lepas, DBP menjalankan audit selama tiga tahun terhadap semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bertujuan mengangkat bahasa kebangsaan ke tahap tertinggi, meningkatkan komitmen penjawat awam untuk mengutamakan bahasa kebangsaan serta melakukan transformasi penggunaan bahasa kebangsaan secara menyeluruh.

Awang berkata audit itu menilai dua aspek utama iaitu tahap penggunaan bahasa kebangsaan dan mutu bahasa melibatkan ejaan serta tatabahasa melibatkan dokumentasi, surat atau secara bertulis.

Beliau berkata audit itu akan diperluas ke peringkat negeri setelah selesai di peringkat persekutuan dengan Perlis merupakan negeri pertama yang menawarkan untuk diaudit.

Katanya penekanan penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan pentadbiran tidak membataskan penggunaan bahasa lain seperti bahasa inggeris sebaliknya kedua-duanya boleh digunakan dalam dokumentasi atau surat-menyurat berdasarkan keperluan dan tanpa meminggirkan bahasa kebangsaan.

Dalam perkembangan lain, Awang berkata DBP akan membantu kerajaan negeri Melaka untuk menjadi pusat tumpuan golongan sarjana menjalankan kajian manuskrip melalui Pusat Kecemerlangan Persuratan Antarabangsa yang ditubuhkan di negeri itu tahun lepas.

Sementara itu, Idris berkata pihak berkuasa tempatan diminta memastikan paparan papan iklan, papan tanda, nama jalan, nama tempat dan nama bangunan menggunakan bahasa kebangsaan diiringi tulisan jawi serta memaparkan latar dan panorama keindahan Malaysia. - BERNAMA

Artikel Lain