suria

Balu Azizan Nafi Minta Pengundi Sokong BN

YAN: Balu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah kesal dengan penyebaran mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya beliau menyeru pengundi supaya menyokong Barisan Nasional (BN).

Menafikan perkara berkenaan, Faekah berkata beliau menyedari nombor telefon bimbitnya digunakan bagi menyebarkan mesej fitnah itu kira-kira pukul 11 malam Ahad.

"Mereka gunakan nombor saya menghantar mesej kononya saya ralat dengan perbuatan menggantung 'patung kaki'. Jadi dalam mesej itu dikatakan saya memohon dan merayu kepada penerima supaya mengundi BN. Ini tidak benar," katanya.

Beliau berkata demikan ketika ditemui selepas selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar di sini, Isnin.

Selain itu ditanya mengenai harapannya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kali ini, beliau berkata: "Tentulah saya harap PAS akan menang."

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Artikel Lain