suria

Tiket Palsu: Lebih 50 Penyokong Kelantan, Pahang Ditahan Di Stadium Shah Alam

YAN: Lebih 50 penyokong pasukan Kelantan dan Pahang ditahan setakat pukul 5 petang Ahad atas kesalahan menggunakan tiket palsu dan membawa bahan larangan seperti mercun serta bunga api ke Stadium Shah Alam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kira-kira 40,000 hingga 50,000 penyokong daripada kedua-dua pasukan telah memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan kedua-dua pasukan malam Ahad.

Katanya, jumlah anggota polis mencukupi bagi memantau keadaan dan keselamatan di kawasan stadium sepanjang perlawanan itu.

"Ingin saya nasihatkan kedua-dua penyokong agar jangan membuat sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kekacauan atau membawa barangan terlarang ke dalam stadium," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Anwar Beritahu PAS GST Efisyen

Artikel Lain