suria

Pembangkang Main Psikologi - Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) melihat dari dekat aneka kuih tradisional yang dijual oleh salah sorang peniaga ketika melawat Pasar Tani Pekan Sungai Limau Dalam selepas merasmikan Pasar Tani perkarangan MADA Sungai Limau di Yan, Ahad. -fotoBERNAMA

YAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembangkang cuba bermain psikologi apabila hanya meletakkan sasaran untuk menang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti kecil.

Menurut Muhyiddin, taktik pembangkang itu bertujuan meraih simpati pengundi selepas menyedari Barisan Nasionl (BN) berjaya menembusi beberapa kubu kuat PAS.

"Mereka (PAS) kata majoriti yang akan diperolehi merosot...tapi ini semua mainan psikologi.

"Tapi bagi kita (BN), kami yakin walaupun katanya Sungai Limau adalah kubu kuat mereka. Tapi sebenarnya tidaklah kubu sangat," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pasar Tani Sungai Limau Dalam di sini, Ahad.

Sebelum ini PAS mengumumkan bahawa parti hanya meletakkan sasaran untuk menang sekurang-kurang majoriti mudah sebanyak 500 undi.

Sementara itu mengulas mengenai peluang BN untuk menang di DUN Sungai Limau, Muhyiddin berkata parti itu mempunyai peluang yang cerah berdasarkan gerak kerja jentera parti itu.

"Kalau tanya saya sebagai pengarah besar pilihan raya ini, saya katakan peluang kita untuk menang adalah amat cerah," katanya.

Artikel Berikut

Anwar Beritahu PAS GST Efisyen

Artikel Lain