suria

Kita Akan Tangkap Diplomat Asing Jika Lakukan Intipan - KPN

YAN: Polis akan menangkap diplomat asing sekiranya mereka didapati terlibat dalam pengintipan di negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, pada tahun 1980-an, polis telah menahan diplomat asing yang terlibat dalam aktiviti pengintipian di negara ini dan akan berbuat demikian lagi sekiranya terdapat bukti mereka melakukan perbuatan itu.

Beliau juga berkata, polis mempunyai hubungan rapat dengan rakan sejawat di luar negara, tetapi hanya melibatkan kegiatan jenayah merentas sempadan.

Isu mengenai pengintipan timbul berikutan laporan akhbar berhubung dakwaan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Joseph Snowden yang mendedahkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaannya di Kuala Lumpur.

Artikel Berikut

Anwar Beritahu PAS GST Efisyen

Artikel Lain