suria

PM Selamat Tiba Dari London

SUBANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat kembali ke tanah air malam Jumaat selepas mengadakan lawatan kerja ke London mulai 27 Oktober lalu bagi menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Kesembilan.

Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang pada kira-kira 10.10 malam Jumaat.

Najib merupakan penaung Yayasan WIEF.

WIEF yang berlangsung pertama kali di luar negara Islam dan bertemakan 'Mengubah Dunia, Hubungan Baharu' itu menyaksikan kehadiran 18 ketua negara dan kerajaan serta timbalan ketua kerajaan, 50 menteri dan 2,700 perwakilan dari 128 negara.

Ia merupakan perhimpunan terbesar dalam sejarah WIEF. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain