suria

Trafik Mulai Sesak di Lebuh Raya

PETALING JAYA: Trafik mula sesak di beberapa jalan utama menghala keluar ke ibu kota bersempena cuti perayaan Deepavali.

Penduduk ibu kota mengambil kesempatan bercuti panjang untuk pulang ke kampung bersempena dengan cuti Maal Hijrah pada Selasa dengan mengambil cuti pada hari Isnin.

PLUS berkata trafik mula sesak di beberapa laluan keluar di Lebuh Raya Utara Selatan di plaza tol Sungai Besi dan Jalan Duta.

Laluan menghala ke utara mulai sesak dari Sungai Buloh menghala ke Rawang.

Bagi laluan ke Selatan trafik mulai perlahan dari Nilai ke Seremban dan Juru ke Bukit Tambun juga mulai sesak.

Trafik juga dilihat bergerak perlahan antara Tapah dan Gopeng, dan keadaan yang sama turut berlaku di Simpang Pulai dan Ipoh.

Di Lebuhraya Elite, jalan menghala ke Putrajaya melalui Seafields turut dilaporkan sesak.

Di Lebuhraya Karak, trafik turut dilaporkan bergerak perlahan dari plaza tol Gombak menghala ke Genting Sempah.

Artikel Lain