suria

Slogan Ubah Gagal, Kembali Kepada BN - Kong

YAN: Pengundi Cina di Sungai Limau dinasihatkan untuk tidak terpedaya dengan slogan 'Ubah' (perubahan) yang digunakan oleh DAP kerana ia telah gagal.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata masyarakat Cina dijadikan mangsa atas kegagalan DAP untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan.

"Rakyat harus menyedari bahawa 'Ubah' telah gagal. Untuk tempoh lima tahun sejak 2008, DAP telah mengelirukan masyarakat Cina dengan pembohongan dan khabar angin bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Persekutuan.

"Kini masa depan masyarakat Cina terjejas," katanya pada majlis makan malam masyarakat Cina di Batu 17 di sini.

Kong menegaskan perubahan undi kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) juga akan mengubah persepsi negatif pemimpin parti itu terhadap masyarakat ini.

Beliau berkata perubahan undi di Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil 4 November ini menjadi medan mengukur sokongan pengundi Cina terhadap BN.

Artikel Lain