suria

Polis Patahkan Cubaan Pecah Mesin ATM

SHAH ALAM: Polis mematahkan cubaan empat lelaki memecahkan tiga mesin juruwang automatik (ATM) dalam bangunan Pasaraya Giant Kuala Selangor, kata Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata berdasarkan maklumat orang ramai, polis yang ke tempat kejadian dengan dua kereta peronda memberkas kesemua suspek berumur antara 23 dan 27 tahun, sejurus selepas 4 pagi Jumaat.

Antara peralatan yang dirampas ialah tong gas oxy, topeng ski, sarung tangan, pemutar skru, ragum dan cat aerosol berwarna hitam, katanya dalam sidang media di sini.

Mengenai perkembangan siasatan kes pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank dalam rompakan di sebuah bank di di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu, beliau dengan ringkas berkata: "Kita yakin dapatkan selesaikan kes dalam masa terdekat."

Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37, maut akibat ditembak di kepala. -BERNAMA

Artikel Lain