suria

Peter Chin Dilantik Sebagai Penasihat Khas GreenTech Malaysia

Peter Chin Fah Kui
Peter Chin Fah Kui
Peter Chin Fah Kui

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada Jumaat mengumumkan pelantikan Tan Sri Peter Chin Fah Kui sebagai Penasihat Khas kepada Malaysian Green Technology (GreenTech Malaysia) untuk jangka masa setahun.

Pengerusi GreenTech Malaysia Datuk Paduka Keizrul Abdullah berkata Chin telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan bidang teknologi boleh baharu Malaysia.

"Berdasarkan hubungan erat Chin dalam kalangan sektor kerajaan, kami menjangkakan menerusi nasihat beliau, kami akan dapat menjalin perkongsian baharu dengan pelbagai sektor dalam usaha memacu agenda teknologi hijau," katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai Penasihat Khas, Chin bertanggungjawab memberikan nasihat strategik untuk menggerakkan GreenTech Malaysia ke arah mencapai wawasan meletakkan Malaysia sebagai hab teknologi hijau dunia," katanya.

GreenTech Malaysia ialah perbadanan utama negara yang bertanggungjawab untuk menyegerakan penggunaan dan pengamalan teknologi hijau sebagai jentera strategik untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan tumpuan kepada tujuh sektor utama, iaitu tenaga, pekilangan, pembinaan, teknologi maklumat dan komunikasi, air, sisa buangan dan pengangkutan. -BERNAMA

Artikel Lain