Pembangkang Turut Akan Laksana GST Jika Memerintah - Anwar - Semasa | mStar

Pembangkang Turut Akan Laksana GST Jika Memerintah - Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangkang pun akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika ia dapat memerintah negara.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata bantahan pembangkang terhadap pelaksanaan GST bukan bermaksud bantahan kepada sistem percukaian itu, tetapi terhadap kesediaan negara untuk melaksanakannya.

Anwar berkata sejak beliau dimaklumkan mengenai GST pada 1993, beliau mengakui bahawa sistem percukaian itu adalah suatu sistem yang efisien dan telus serta memberi kebaikan kepada pendapatan negara.

Pada sidang media di lobi Parlimen di sini Khamis, Anwar yang ditanya bila negara bersedia untuk melaksanakan GST, berkata: "Lama lagi baru boleh pertimbangkan (melaksanakan GST)."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 mengumumkan pelaksanaan GST pada kadar 6 peratus bermula 1 April 2015, tertakluk kepada pengecualian beberapa barangan keperluan asas seperti makanan.

Mengenai laporan yang mendakwa Amerika Syarikat mengendalikan stesen pemantauan di kedutaannya di Kuala Lumpur untuk mengintip perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di negara ini, Anwar meminta perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri untuk bertindak segera supaya Malaysia 'tidak kelihatan lemah' dalam hal itu.

"Ini perkara serius kepada negara. Tidak ada negara boleh bertoleransi dalam isu berkaitan perisikan," katanya.

Laporan itu diperoleh dari dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Snowden, yang mendedahkan bahawa terdapat 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaan Amerika di Jakarta, Bangkok dan Yangon. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.