suria

Pekerja Ladang Getah Temui Rangka Manusia Di Temiang

SEREMBAN: Satu rangka manusia ditemui di kawasan hutan berhampiran ladang getah di Taman Zamrud, Temiang di sini Rabu.

Tulang-tulang yang dipercayai milik seorang lelaki itu ditemui bertaburan oleh pekerja ladang itu pada pukul 10.40 pagi ketika ingin membersihkan kawasan ladang berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Baharudin Mustapha berkata turut ditemui di kawasan itu ialah sebahagian pakaian termasuk kasut dipercayai milik mangsa.

"Tiada pengenalan diri ditemui. Berdasarkan keadaan rangka itu, kami percaya mangsa mati lebih dua bulan lepas," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Beliau berkata berikutan penemuan itu, sepasukan anggota dari Unit Forensik polis dan Unit Patologi Hospital Tuanku Ja'afar ke tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain