suria

Pasar Chow Kit Ditutup Untuk Kerja Pembersihan - Ku Nan

Tengku Adnan melawat para peniaga di Lebuh Ampang.
Tengku Adnan melawat para peniaga di Lebuh Ampang.
Tengku Adnan melawat para peniaga di Lebuh Ampang.

KUALA LUMPUR: Pasar Chow Kit, salah satu tempat pembiakan tikus menjijikkan di Kuala Lumpur akan ditutup selama tiga hari bermula Ahad hingga Selasa selepas sambutan Deepavali bagi tujuan pembersihan.

"Ia amat memalukan memandangkan pasar tersebut diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sepatutnya menjadi contoh kepada pasar lain," kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas melawat peniaga di sepanjang Lebuh Ampang pada Khamis.

Beliau berkata, peniaga di pasar tersebut juga harus bertanggungjawab kerana mengotorkan tempat itu.

"Beberapa aktiviti seperti penyembelihan ayam tidak dibenarkan di bawah garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Perkara ini akan kita teliti dan permit mereka dibatalkan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain