suria

Kerajaan Sedia Tangani Kenaikan Harga Barang & Kadar Inflasi

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah bersedia dengan kemungkinan kenaikan harga barang dan kadar inflasi berikutan pengumuman cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir. Hamim Samuri.

"Mengikut ramalan pakar ekonomi dan beberapa pendapat, akan berlaku sedikit kenaikan harga barang semasa peralihan, berpunca daripada spekulasi dan sebagainya," katanya kepada wartawan ketika ditemui pada Persidangan Eksport Negara FMM bertema 'Memacu jualan eksport'.

Beliau berkata kerajaan menetapkan tempoh persediaan selama 17 bulan, dan pada masa yang sama ketika GST dilaksanakan, kerajaan akan membuat bayaran sekali RM300 kepada semua penerima Baucar Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Pelabur akan lebih tertarik untuk melabur kerana sistem kutipan cukai benar-benar telus dan mereka dilindungi. Semua yang mereka bayar benar-benar sampai ke pihak yang sepatutnya iaitu kerajaan," katanya ketika ditanya mengenai kesan GST terhadap pelaburan asing di Malaysia.

Pengumuman cukai barangan dan perkhidmatan dalam pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal pada 2020. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain