suria

Bumbung Flat Kawasan Perindustrian Bukit Serdang Diterbang Angin

KUALA LUMPUR: Sembilan bumbung rumah flat di Jalan PBS 14/7 Kawasan Perindustrian Bukit Serdang dekat sini rosak dan ada yang diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 5.17 petang dan mengejarkan 14 anggota beserta dua jentera ke lokasi kejadian.

"Akibat kejadian ribut itu, sembilan buah bumbung rumah flat terjejas. Ada bumbung yang diterbangkan angin dan ada yang rosak," katanya ketika dihubungi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain