Anwar Akui GST Masih Efisyen - Semasa | mStar

Anwar Akui GST Masih Efisyen

Anwar
Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.

“Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.

“Justeru, tak perlu kita apologetik, sekarang pun saya setuju dengan GST. GST memang masih efisyen dan ini telah pun diakui oleh professor dan pakar ekonomi tetapi harus ada prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum GST dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Bilik Taklimat Parlimen pada Rabu.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan perlu memastikan tahap pendapatan rakyat harus ditingkatkan terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan infrastruktur percukaian cukup baik sebelum GST diperkenalkan.

“Dua faktor ini sangat penting. Namun hingga sekarang dua perkara ini belum terlaksana dengan baik. Beberapa dasar seperti dasar monopoli perlu dilaksanakan secara telus.

“Tetapi barangan keperluan seperti gula dan beras masih dimonopoli oleh satu pihak. Ini yang menyebabkan harga barang-barang itu naik kerana tidak ada persaingan,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2014, Jumaat lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan GST akan dilaksanakan dengan kadar 6 peratus berkuatkuasa 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.

Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.

Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain