Saman Fitnah Terhadap Bekas KPN Selesai Luar Mahkamah - Semasa | mStar

Saman Fitnah Terhadap Bekas KPN Selesai Luar Mahkamah

SHAH ALAM: Kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Saman itu difailkan oleh bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusuff pada Februari yang mendakwa Musa telah menjejaskan reputasinya pada sidang media Disember tahun lalu.

Mereka hadir di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Dr Prasad Sandosham Abraham pada Rabu.

Peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang mewakili Musa, mengesahkan kes saman terhadap anak guamnya telah ditarik balik oleh plaintif dengan kos selepas mereka menyelesaikan perkara itu.

Musa dan Ramli kelihatan bersemangat selepas keluar dari bilik perbicaraan dan bercakap secara berasingan dan ringkas kepada pemberita selepas prosiding itu berakhir.

Mereka enggan mendedahkan syarat dan terma mengenai penyelesaian kes itu.

Ramli diwakili peguam Harvinderjit Singh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SPRM, KPK Indonesia Tubuh Pasukan Kerja

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel