suria

Kes Asoghan: Mahkamah Tetap 18 Disember Depan Untuk Perbicaraan

GEORGE TOWN: Mahkamah Sesyen menetapkan 18 Disember depan untuk perbicaraan kes bekas Ketua Cawangan DAP Bagan Luar G. Asoghan berhubung pemecatannya daripada parti itu, yang didakwa tidak sah.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Khairul Farhi Yusob membuat keputusan itu dalam kamar selepas peguam V.Amareson, yang mewakili Asoghan, dan Muhammad Arif Shaharuddin bagi pihak defendan, bersetuju memulakan perbicaraan pada tarikh berkenaan.

Pada Jun lepas, Asoghan, 56, memfailkan saman berkenaan dan menamakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai dan setiausahanya, Tai Sing Piau serta anggota jawatankuasa parti itu M. Kulasegaran, Dr P.Ramasamy dan Lim Hock Seng sebagai defendan.

Asoghan mendakwa pemecatannya tidak sah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik melalui pemilihan pada 15 Disember 2012. - BERNAMA

Artikel Lain