suria

Kad Pengenalan Biometrik Untuk Pelajar Asing Di Malaysia?

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang berunding dengan Kementerian Pelajaran mengenai cadangan pelaksanaan ciri keselamatan dipaparkan pada kad pengenalan biometrik pelajar-pelajar asing yang belajar di institusi pengajian tinggi tempatan," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Rabu.

"Kita mempunyai beberapa masalah berkaitan pelajar asing.

"Kita sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk menggunakan kad pengenalan biometrik dengan ciri-ciri keselamatan seperti kod bar dan cip RIFD untuk pelajar asing di sini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Beliau berkata kad pengenalan itu akan menjadi permit pelajar asing apabila berada di negara ini dan pelajar tidak perlu lagi membawa pasport ke mana pun mereka pergi.

"Beberapa buah negara iaitu Arab Saudi, Yemen dan beberapa negara Timur Tengah telah menunjukkan minat dalam menerima pakai apa-apa kad pelajar untuk pelajar-pelajar mereka di sini," katanya.

Berdasarkan rekod kementerian, terdapat lebih kurang 80,000 pelajar antarabangsa di negara ini tahun lepas.

Matlamat adalah untuk menarik 200,000 pelajar asing menjelang 2020.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata, projek perintis sedang dijalankan untuk melaksanakan kad pengenalan biometrik untuk 2.116 juta pekerja asing di negara ini menjelang akhir tahun depan.

Beliau menambah kad akan dikeluarkan mengikut sektor yang menggunakan pekerja asing bagi membantu pegawai imigresen menjalankan tugas.

"Menjelang akhir tahun depan, semua pekerja asing akan membawa kad pengenalan ini dan tidak akan ada kompromi.

"Kita telah memaklumkan kepada kedutaan masing-masing bahawa mereka yang tidak mempunyai kad akan dihantar pulang, " katanya.

Artikel Lain