suria

Rakyat Malaysia di Britain Terjejas Akibat Ribut

Pintu pagar penumpang ditutup kerana perkidmatan keretapi tergendala akibat cuaca buruk yang melanda Brighton, selatan England. — Foto AFP
Pintu pagar penumpang ditutup kerana perkidmatan keretapi tergendala akibat cuaca buruk yang melanda Brighton, selatan England. — Foto AFP
Pintu pagar penumpang ditutup kerana perkidmatan keretapi tergendala akibat cuaca buruk yang melanda Brighton, selatan England. — Foto AFP

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia di Britain menyifatkan ribut yang melanda negara itu salah satu yang terburuk pernah berlaku di pulau berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Seorang pelajar, Sharlyn J. Edmund, yang merupakan penuntut jurusan ilmu kaji jenayah di Aberystwyth University di Wales, berkata angin bertiup kencang di kawasan tersebut beberapa hari yang lalu.

"Cuaca sangat buruk di mana-mana sahaja di negara ini. Ia sangat menakutkan," katanya.

Bagi pelajar sarjana Shariha Roseley, 25, daripada University Leeds, berkata hujan lebat turut selama dua hingga tiga hari di kawasan tempat tinggalnya.

"Cuaca di sini sangat sejuk dan berangim ketika saya melancong ke Oxford dua minggu lalu. Ini sudah pasti ribut paling buruk saya pernah saksikan sejak beberapa tahun ini," katanya.

Ainaa Azhar, seorang pelajar Malaysia di Bath, berkata dia terpaksa menyusun semula jadualnya ekoran gangguan perkhidmatan keretapi pada waktu pagi.

"Tong sampah dan pokok diterbangkan angin. Saya dan beberapa pelajar lain telah dinasihatkan agar tidak pergi melancong terlalu jauh pada masa ini," katanya.

Rachel Tan Ju-Ai, 21, pelajar kejuruteraan mekanikal di Imperial College London, berkata banyak pokok tumbang di beberapa kawasan di London.

"Ia betul-betul menakutkan, namun saya berharap ribut yang melanda ini akan reda tidak lama lagi," katanya,

Sementara itu, kira-kira 70,000 rakyat Malaysia di Britain berada dalam keadaan selamat kerana ribut berkenaan melanda kawasan barat daya England, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong.

Beliau berkata lebih 1,000 pelajar Malaysia di kawasan terjejas adalah mereka yang tinggal di Cardiff dan Swansea di Wales dan Bristol turut berada dalam keadaan selamat.

"Angin beritup sekitar 160 kilometer sejam," katanya kepada pemberita Malaysia pada Isnin.

Zakaria berkata ribut berkenaan dijangka melanda ke Dover tidak lama lagi sebelum bergerak Denmark pula selepas itu.

Belaiu turut menggesa rakyat Malaysia di Britain berdaftar dengan pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi memudahkan pegawai di sana menguhulurkan bantuan kepada mereka.

Kira-kira 14,500 daripada 70,000 rakyat Malaysia di Britain merupakan pelajar.

Zakaria berkata Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyatakan kekecewaan beliau kerana tidak dapat pergi ke Manchester ekoran ribut yang melanda kawasan berkenaan.

"Beliau sangat kecewa kerana tidak dapat pergi ke sana kerana beliau tidak pernah samapai ke Manchester. Beliau mahu bertemu dengan rakyat Malaysia yang tinggal di sana," katanya.

Artikel Lain