Penyebaran Mingguan Herald Ke Sabah, Sarawak Tiada Masalah - Semasa | mStar

Penyebaran Mingguan Herald Ke Sabah, Sarawak Tiada Masalah

KUCHING: Penyebaran naskah mingguan Katholik, Herald di Sabah dan Sarawak, sekalipun ada keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini berhubung penggunaan perkataan Allah, tidak harus menjadi isu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada Isnin.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri tidak sepatutnya menghalang penyebaran kira-kira 2,000 naskah Herald di Sabah Khamis lepas, yang kemudian ditarik balik larangan pada Ahad, setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan perkara itu semasa lawatannya ke sana minggu lepas.

"Saya percaya terdapat salah faham. Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh terus (mengguna perkataan Allah dalam upacara agama dan penerbitan mereka). Jadi penyebaran mingguan Herald tidak menjadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan forum serantau Persatuan Pentadbiran dan Pengurusan Awam Komanwel (Capam) 2013 di sini.

Beliau diminta mengulas tentang akauntibiliti kerajaan berhubung langkah terbaru kementerian itu tentang isu tersebut.

Najib berkata, keputusan Mahkamah Rayuan mengubah hak Herald dalam menggunakan perkataan Allah tidak langsung menjejas amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, sebagaimana termaktub dalam Persetujuan 10-perkara diputuskan oleh kabinet persekutuan.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Okt itu, gereja Katholik, yang mencetak 14,000 naskah Herald setiap minggu untuk kira-kira sejuta penganut agama itu di negara ini, telah menggunakan perkataan Allah dalam koma kurungan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pengundi Muda Kunci Era Baru DUN Sungai Limau

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain