suria

Guan Eng Cabar Rahman Dahlan Gelarnya Pemimpin 'Korup'

Abdul Rahman Dahlan (kiri) dan Lim Guan Eng (kanan)
Abdul Rahman Dahlan (kiri) dan Lim Guan Eng (kanan)
Abdul Rahman Dahlan (kiri) dan Lim Guan Eng (kanan)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendedahkan gejala rasuah yang didakwa berlaku dalam parti itu.

Dalam perbalahan Twitter yang berlaku pada malam Isnin, Lim dengan cepat membalas tweet Abdul Rahman dengan mengatatakan, "Jangan jadi pengecut yang tidak berguna, katakan sahaja saya seorang pemimpin yang korup di ibu pejabat DAP supaya mudah untuk saya dakwa anda dengan saman fitnah dan penipuan! Anak jantankan?

Terdahulu, Abdul Rahman menghantar tweet yang mencetuskan kekecohan berbunyi, "Di mana DAP dapat berjuta-juta ringgit di ibu pejabat DAP Pulau Pinang? Harapnya bukan duit rasuah."

Sebaik sahaja membaca jawapan balas daripada Lim, Ahli Parlimen Kota Belud itu menjawab dengan bertanya, "Adakah anda marah dengan persoalan itu? Adakah saya menyentuh urat saraf kepunyaan anda? Mengapa pula anda tidak memberikan respon persoalan yang ditanyakan?

Beliau terus mengemukakan soalan kepada Ahli Parlimen Bagan itu dengan mengatakan dia tidak takut dengan taktik buli yang dibuat oleh Lim kerana sebelum ini pun DAP sering melabelkan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang korup namun tuduhan berkenaan tidak pernah dijawab.

"Kami sabar. Bila saya tanya dari mana DAP dapat duit jutaan ringgit untuk bina ibu pejabat parti, dia naik gila! Wah!"

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjawab, "Anda berani sahut cabaran dan panggil saya pemimpin yang korup? BN korup sejak Washington Post mengisytiharkan Malaysia sebuah negara yang paling korup atas muka bumi ini!"

Abdul Rahman menyerang balas, "Pulau Pinang bukan sebahagian daripada Malaysia...Tidak?"

Artikel Lain