suria

MAS Rangkul Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik

SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) merangkul Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik pada majlis Anugerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sebuah hotel di sini malam Isnin.

Anugerah itu disampaikan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berdasarkan prestasi cemerlang MAS dalam industri penerbangan sepanjang 2012.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Pengerusi Malaysia Airport, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Pada majlis itu, AirAsia menerima Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik manakala Indonesia AirAsia menggondol Anugerah Syarikat Penerbangan Asing Terbaik.

Anugerah yang diperkenal pada 2006 itu juga mengiktiraf Mandala Airline sebagai Syarikat Penerbangan Asing Paling Berpotensi.

Selain itu, sebanyak 16 pemenang menerima 11 anugerah seperti Syarikat Penerbangan Asing Terbaik mengikut sektor dan Syarikat Penerbangan Terbaik - kargo.

Pemberian anugerah ini adalah sebagai tanda Malaysia Airport menghargai semua agensi, rakan niaga dan syarikat penerbangan atas sokongan, kerjasama dan pencapaian yang sentiasa menjadi tunggak utama kejayaan KLIA. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain