suria

Kanak-Kanak Nyaris Maut Terkena Renjatan Elektrik Voltan Tinggi

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak nyaris maut selepas terkena renjatan elektrik daripada wayar voltan tinggi di Kampung Batu, Jalan Kampung Simunul dekat sini, Ahad.

Kanak-kanak berumur 12 tahun itu dikatakan memegang wayar daripada tiang elektrik yang telah semalaman terjatuh di atas tanah.

"Ketika kami tiba, tubuh kanak-kanak itu dalam keadaan bergetar dan dia mengadu amat sakit di bahagian dada.

"Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Semporna. Dia kini dilapor stabil," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Penolong Penguasa Bomba Mohd Razali Awang Ahmad ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.46 tengah hari. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain