Bekas Adun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia - Semasa | mStar

Bekas Adun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia

Mat Nawawi Jusoh
Mat Nawawi Jusoh

KOTA BAHARU: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Mat Nawawi Jusoh, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini malam Ahad, akibat komplikasi jantung dan buah pinggang.

Allahyarham berusia 69 tahun. Mat Nawawi yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kelantan meninggal dunia kira-kira 10.30 malam.

Beliau sebelum ini dirawat di Hospital Pakar Perdana selama 20 hari sebelum dipindahkan ke HUSM pada Ahad lepas.

Anaknya, Arjunawaty Mat Nawawi, 43, berkata arwah bapanya mendapatkan rawatan untuk penyakitnya sejak Disember tahun lepas.

"Arwah pernah menjalani pembedahan jantung 17 tahun lepas... Disember tahun lepas bapa saya mengalami serangan jantung," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan pukul 1 petang ini di Tanah Perkuburan Islam Kelaboran, Tumpat.

Allayarham meninggalkan seorang balu, Rasiah Jamaluddin, 69, dan empat anak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain