suria

Remaja Lelaki Maut Motosikal Langgar Lembu

KUANTAN: Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun maut selepas motosikal ditungganginya melanggar lembu di Jalan Felda Lepar Hilir 1 dekat Gambang awal pagi Ahad.

Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata Muhd Hakim Mat Noh dari Felda Lepar Hilir 1 mati di tempat kejadian dalam nahas 12.30 pagi.

"Di tempat kejadian mangsa dipercayai telah melanggar seekor lembu yang berada di atas jalan," katanya di sini Ahad.

Zainalabidin berkata jenazah remaja itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain