Tumpu Transformasi Modal Insan, Pastikan Kedah Setanding Negeri Lain - Mukhriz - Semasa | mStar

Tumpu Transformasi Modal Insan, Pastikan Kedah Setanding Negeri Lain - Mukhriz

YAN: Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata tumpuan kerajaan negeri pada masa ini adalah usaha ke arah transformasi modal insan meliputi pembangunan sosial rakyat negeri itu.

Ini bagi memastikan pembangunan di negeri Jelapang Padi setanding dengan negeri-negeri lain, kata Mukhriz dalam ucapan aluan pada majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama waris murid dan warga pendidikan daerah Kuala Muda dan Yan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau di sini, Sabtu.

Beliau berkata usaha ini penting untuk memberi keselesaan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan berdaya saing.

"Modal insan yang kita hendak hasilkan adalah yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mampu menyelesaikan masalah, boleh mencipta peluang baharu serta mempunyai daya tahan menghadapi persekitaran yang berubah-ubah," katanya.

Selaras dengan matlamat tersebut, kerajaan negeri turut memberi tumpuan khusus untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negeri itu, katanya.

Beliau berkata Kedah juga sedang berusaha mengembangkan teknologi komunikasi kepada ibu bapa agar mereka dapat bergerak seiring dengan perkembangan anak masing-masing.

Untuk itu, Mukhriz turut mengajak rakyat negeri Kedah bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan negeri dalam usaha menggerak transformasi ke arah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri yakin perubahan itu boleh bermula di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Limau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Curi Kenderaan Diberkas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Nik Amar Cabar Mat Sabu

default image

Polis Edar Gambar Suspek Culik Freddie

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain