Tiga Lelaki Curi Kenderaan Diberkas - Semasa | mStar

Tiga Lelaki Curi Kenderaan Diberkas

RAUB: Tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan mencuri kenderaan Selasa lepas diberkas di sebuah rumah di Kampung Bukit Koman dekat sini kira-kira 2 pagi Jumaat.

Mereka yang berusia antara 30 hingga 40 tahun sebelum itu melakukan kes tersebut di Taman Raub Jaya 3.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata pihak polis turut menemui semula kereta Toyota Vios yang dilarikan itu.

"Selain itu, pihak polis turut menemui sebuah Proton Wira yang dilaporkan dicuri di Kepong, Selangor sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata mereka dilaporkan aktif dalam kegiatan samun dan mencuri kenderaan di Selangor dan Pahang.

Mereka juga didapati menyalahgunakan dadah dan memiliki rekod jenayah berkaitan dadah, katanya.

Ketiga-tiganya direman sehingga 28 Oktober. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Teks Penuh Ucapan Bajet 2014 Oleh PM

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Manchester United pecat Mourinho!