suria

Mah Presiden Baharu Gerakan

KUALA LUMPUR: Datuk Mah Siew Keong dipilih sebagai presiden baharu Gerakan pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Jawatan Timbalan Presiden berjaya dipertahankan Cheah Soon Hai.

Tiga jawatan Naib Presiden dimenangi Asharuddin Ahmad, A.Kohilan Pillai dan Teo Eng Twe.

Mah yang juga pemangku setiausaha agung Gerakan menewaskan pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Chang Yeow dalam pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Presiden.

Jawatan tersebut kosong selepas pemangku presiden Datuk Chang Ko Youn, yang menerajui parti sejak Mei lalu enggan mempertahankan jawatannya bagi memberi laluan kepada pemimpin muda.

Mah berusia 52 tahun manakala Teng, 49.

Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Teluk Intan (1999-2008), bekas timbalan menteri dan bekas Ketua Pemuda Gerakan (2002-2008).

Artikel Lain