suria

Kes Bunuh Yuk Tim: Polis Dijangka Selesai Siasatan Minggu Hadapan

SHAH ALAM: Polis menjangkakan dapat menyelesaikan siasatan kes pembunuhan Ng Yuk Tim, 15, pada minggu hadapan.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan pada Jumaat berkata polis telah menerima kenyataan yang diberikan oleh suspek.

"Kami menjangka akan menamatkan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu depan.

"Suspek telah ditahan reman sehingga 29 Oktober," katanya kepada sidang akhbar, Jumaat.

Beliau berkata polis yakin suspek bertindak bersendirian dalam pembunuhan itu dan kemudian mencampakkan Yuk Tim di Jalan Kebun Nenas berhampiran Kota Kemuning di sini.

"Anggota Polis masih mengawasi rumah suspek di Kampung Cempaka serta tapak kejadian," katanya.

Artikel Lain