suria

GST Dilaksana 2015

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang dimansuhkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kadar GST yang akan dikenakan adalah sebanyak 6 %.

"Gst bukanlah cukai tambahan baharu realitinya kadar inflasi kini berada di paras rendah 2%. Kerajaan yakin inilah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi minimum dan terkawal," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Parlimen pada Jumaat.

Najib berkata pelaksanaan GST dapat membantu negara menangani banyak kelemahan dalam sistem pencukaian sedia ada.

"Sebagai contoh pada waktu ini sekiranya kita membeli minuman berkarbonat di restoran tanpa kita sedari, kita dah membayar dua kali cukai iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

"Dalam bahasa mudahnya dalam sistem GST pengguna perlu membayar satu kali cukai sahaja. Realitinya juga perubahan harga barangan dan perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum," katanya.

Najib berkata, kerajaan akan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM300 sebaik sahaja GST dilaksanakan nanti.

Artikel Lain