suria

Plastik Ditemui Di Hadapan Restoran Berisi Gas Pemedih Mata - Polis

GEORGE TOWN: Polis pada Khamis mengesahkan bahawa plastik yang ditemui di hadapan sebuah restoran di Persiaran Gurney di sini malam Rabu mengandungi gas pemedih mata, dan bukannya bahan letupan seperti yang disangka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata objek berbentuk tin yang ditulis dengan perkataan 'FOR MILITARY AND POLICE USE ONLY' itu dibawa pulang oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) untuk siasatan lanjut.

"Kami sedang menyiasat motif kejadian dan tidak menolak perbuatan meletakkan objek itu di hadapan restoran berkenaan berunsur sabotaj," katanya kepada pemberita di sini .

Dalam kejadian pukul 9 malam tadi, seorang pelanggan menemui objek mencurigakan di dalam plastik lutsinar di hadapan restoran itu. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain