suria

Mayat Mangsa Tebusan Di Filipina Dihantar Pulang Ke Sandakan

KOTA KINABALU: Mayat Tung Wee Wie, salah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang diculik oleh lelaki bersenjata Filipina telah dihantar pulang ke Sandakan.

Satu ujian DNA mengesahkan mayat yang sudah reput itu adalah mayat Wee Wie, 34, menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, Khamis.

Beliau berkata bedah siasat telah dijalankan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan selepas dibawa balik oleh penduduk kampung yang tidak dikenali dari Selatan Filipina, lewat hari Selasa.

Difahamkan bahawa beberapa ahli keluarga berada di hospital semasa bedah siasat dan mereka dijangka menuntut mayat bagi upacara pengebumian.

Wee Wei telah diculik bersama-sama dengan sepupunya Tung Wei Jie, 26 , di sebuah ladang di Lahad Datu November lalu dan dibawa ke Filipina Selatan dan disimpan sebagai tebusan di Pulau Jolo di sana.

Wei Jie berjaya melarikan diri daripada penculik bersenjata sembilan bulan selepas kejadian itu dan pulang ke kampung halamannya di Negeri Sembilan dengan bantuan pihak berkuasa Filipina.

Wei Jie memberitahu pihak berkuasa Filipina yang sepupunya telah meninggal dunia kerana sakit.

Artikel Berikut

Artikel Lain