suria

KPN Janji Buru Sampai Dapat Pembunuh Pegawai Ambank

KUALA LUMPUR: Polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya.

Dalam mesej melalui Twitter pada Khamis, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis: "Semua usaha sedang digembleng untuk menangkap pembunuh Ambank ini."

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya.

Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

Mendengar bunyi tembakan itu, rakan Rozita berdiri kaku dalam keadaan panik dan beberapa saat kemudian, muncul seorang pengawal keselamatan dengan bersenjatakan pump-gun mengarahkan petugas wanita lain beredar dari bilik itu sebelum dia melarikan diri bersama sejumlah wang. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain