suria

Kerajaan Akan Ambil Tindakan Sewajarnya Jika Subsidi Disalah Guna

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya subsidi adalah pembantut dan merugikan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bagi memastikan sistem subsidi yang bersasar, kerajaan akan secara berperingkat menstruktur semula kaedah pemberian subsidi bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja patut menikmatinya.

"Sebahagian daripada penjimatan penstrukturan semula sistem subsidi akan diberi secara terus dalam bentuk bantuan tunai dan sebahagian lagi akan digunakan untuk menampung pembiayaan projek pembangunan kerajaan," kata beliau semasa membentangkan Bajet 2014 di Parlimen pada Jumaat.

Bagi memastikan tiada pertindihan dan keciciran pemberian bantuan kepada golongan sasar, kerajaan akan mewjudkan satu sistem pangkalan data yang komprehensif termasuk mengintegrasikan data e-Kasih, data penerima bantuan kebajikan dan penerima BR1M.

"Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri akan menerajui inisiatif ini," kata beliau. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain