suria

Kawasan Perumahan Gempar Dengan Kejadian Amuk

Pihak polis melakukan siasatan di kawasan LRT Taman Melati selepas seorang lelaki bertindak menikam empat orang awam mengakibatkan dua daripadanya terbunuh.
Pihak polis melakukan siasatan di kawasan LRT Taman Melati selepas seorang lelaki bertindak menikam empat orang awam mengakibatkan dua daripadanya terbunuh.
Pihak polis melakukan siasatan di kawasan LRT Taman Melati selepas seorang lelaki bertindak menikam empat orang awam mengakibatkan dua daripadanya terbunuh.

KUALA LUMPUR: Pagi yang tenang di Taman Melati di sini digemparkan dengan seorang lelaki penghantar bekalan rokok yang bertindak mengamuk, membunuh dua orang dan mencederakan dua yang lain.

Kejadian yang menakutkan selama 40 minit itu bermula pada kira-kira pukul 11.20 pagi Khamis apabila lelaki yang berusia 26 tahun itu membawa vannya ke sebuah kiosk di terminal LRT Putra Gombak untuk menghantar bekalan rokok.

Tambah sebarang amaran, dia mengeluarkan pisau rambonya dan menikam pemilik kiosk, Siew Ling, 49, dan pembantunya, Sulianti Johari, 31.

Dia kemudiannya memandu vannya ke arah Jalan Pertahanan di mana menuju ke Stesen LRT Taman Melati kurang dari 2 kilometer, dan melanggar sebuah van lain.

Ketika pemilik van, Lee Kah Ghee, 48, keluar dari kenderaannya untuk memeriksa keadaan, lelaki terbabit menikamnya beberapa kali dan membiarkannya mati di atas jalan yang sibuk.

Lelaki kemudiannya memandu semula vannya beberapa ratus meter sebelum melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pelajar kolej.

Dia keluar dari vannya dan bersemuka dengan pelajar, Kwan Chun Tai, 25 lalu menikamnya.

Kwan lari untuk menyelamatkan diri daripada pembunuh tidak siuman itu.

Lelaki itu mengejarnya dan kemudian menikamnya sehingga mati di Jalan Tumbuhan.

Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, orang ramai kemudiannya mengepung lelaki berkenaan.

"Dia kemudiannya diambil senjata yang dipegangnya, dipukul dan ditangkap sehingga polis tiba dan menahannya.

"Lelaki berkenaan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan perubatan dan pemeriksaan psikologi," katanya.

Beliau berkata, lelaki itu berkelakuan pelik semasa di bawah tahanan polis.

"Kami percaya dia mungkin tidak siuman, tetapi belum lagi disahkan mengenainya," tambahnya.

Mayat dua yang mati akan dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Khairi berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes ini, diminta untuk menghubungi talian hotline polis di 03-2115 9999 atau pergi ke balai polis berhampiran.

Artikel Berikut

Artikel Lain