suria

Pemandu Teksi Ditahan Samun Penumpang

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu teksi beberapa jam selepas dia menyamun seorang penumpang di Jalan Kuching di sini antara pukul 4 petang hingga 9 malam Isnin lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata pemandu itu menyamun barangan milik penumpang wanita berusia 26 tahun itu termasuk kad ATM, kad akses kondominium dan wang tunai RM67 dengan mengacukan pisau kepadanya.

"Ketika mangsa dalam perjalanan membuat laporan polis berhubung kejadian itu, mangsa terserempak dengan pemandu tersebut di Jalan Ipoh lalu dia menghubungi polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini Rabu.

Suspek yang berusia 36 tahun itu dan berasal dari Kajang kini direman untuk membantu siasatan.

Khairy berkata teksi itu mempunyai nombor pendaftaran palsu.

Beliau berkata suspek dipercayai turut terbabit dengan beberapa lagi kes mrompak penumpang. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain