suria

Operasi Mencari Mangsa Banjir Diteruskan Pagi Ini

Pasukan keselamatan yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan awam, Rela serta masayarakat orang asli menyusuri Sungai Bertam untuk mencari mangsa yang masih hilang dalam banjir lumpur yang berlaku di Lembah Bertam, Cameron Highlands pada Khamis. -Foto BERNAMA

CAMERON HIGHLANDS: Gerakan mencari dan menyelamat seorang wanita Indonesia yang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam tragedi banjir lumpur di Sungai Bertam, Ringlet di sini diteruskan pada 8.30 pagi Khamis.

Operasi yang diketuai Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu itu melibatkan 328 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada polis, bomba dan penyelamat, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela.

"Anggota yang terlibat akan bertambah kerana gerakan mencari dan menyelamat dilakukan secara bergilir-gilir," katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau berkata kawasan operasi diperluaskan sepanjang lapan kilometer bermula dari tempat mangsa dihanyutkan sehingga ke arah bawah sungai.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati hujan renyai pada awal pagi dan cuaca kini mendung.

Kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam kira-kira 1 pagi semalam akibat pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar itu menyebabkan tiga terbunuh, seorang hilang dan seorang cedera manakala 80 rumah serta kira-kira 100 kenderaan musnah. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain