suria

Kes Bunuh Yuk Tim: Bedah Siasat Tidak Menunjukkan Mangsa Dirogol

PETALING JAYA: Mayat Ng Yuk Tim yang ditemui disumbat di dalam sebuah beg hijau dengan berpakaian baju-T dan seluar dalam tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penderaan seksual.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM ) menunjukkan bahawa Yuk Tim meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala kerana tiga hentakan kuat di kepala dan tidak ada bukti yang menunjukkan dia dirogol.

Beliau juga berkata bedah siasat mendapati mangsa tidak menunjukkan sebarang kecederaan akibat disumbat di dalam beg.

"Dia ditemui dalam kedudukan seperti janin," katanya ketika dihubungi, Rabu.

"Tiada sebarang tanda-tanda bahawa tulang sendinya telah dipatahkan untuk memuatkannya ke dalam beg itu.

"Kami telah merakamkan kenyataan lebih daripada dua individu, termasuk ibu bapa mangsa serta suspek utama berusia 23 tahun.

"Suspek mendedahkan bahawa pembunuhan itu tidak dirancang terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, kami akan menyiasat perkara itu dengan teliti kerana masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain