suria

TPPA: Kerajaan Jamin Kepentingan Usahawan Bumiputera Tidak Terjejas

Hamim Samuri.
Hamim Samuri.
Hamim Samuri.

KUALA LUMPUR: Kepentingan usahawan Bumiputera di negara ini tidak akan terjejas apabila kerajaan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kelak, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri.

Beliau berkata, kerajaan akan sentiasa mengutamakan segala hak rakyat dalam setiap rundingan TPPA agar ia memberi faedah kepada semua pihak.

Oleh itu, jelasnya kerajaan akan melaksanakan program 'capaian' kepada komuniti perniagaan semua kaum, termasuk Bumiputera, agar dapat meraih faedah dan tidak ketinggalan.

"Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pembinaan kapasiti dalam kalangan peniaga, usahawan dan pengeluar Bumiputera agar dapat bersaing dengan semua peniaga dan usahawan di dalam dan luar negara," katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) di Parlimen pada Rabu.

Dr Noor ingin mengetahui sejauh mana Bumiputera bersedia untuk bersaing dengan masyarakat antarabangsa sekiranya TPPA ditandatangani, dan rancangan kerajaan supaya kaum itu tidak ketinggalan.

"Kaedah pelaksanaan program ini masih dalam penelitian dan pertimbangan dan dijangka meliputi pelbagai kumpulan pihak berkepentingan dengan objektif yang mungkin berbeza," kata Hamim.

Artikel Lain