suria

Tiga Beradik Miliki Senapang Disiasat

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Mohd. Jamali Umi menunjukkan empat senjata api termasuk tiga daripadanya merupakan senjata buatan sendiri dalam serbuan di sebuah rumah di Batu 34, Jalan Kuching - Serian serta menahan tiga adik-beradik di Serian pada Selasa. -FotoBERNAMA

KUCHING: Tiga adik-beradik yang diberkas di Serian pada Isnin disiasat kemungkinan mereka terbabit dengan jenayah menggunakan senjata api.

Ketua Polis Daerah Serian, DSP Mohd Jamali Umi berkata polis mendapat perintah reman ke atas mereka selama tiga hari. "Kita juga sedang menyiasat kemungkinan penglibatan susspek dalam jenayah gengsterisme," katanya.

Empat laras senapang dan sembilan butir peluru penabur ditemui dalam simpanan suspek yang berumur antara 22 hingga 43 tahun di sebuah rumah di Km 55, Jalan Kuching-Serian pukul 3 pagi.

Mohd Jamali berkata dua laras senjata api itu merupakan senapang gas, selaras senapang patah buatan sendiri dan selaras senapang angin yang dipercayai dibeli secara haram dari negara jiran. -BERNAMA

Artikel Lain