suria

Mayat Remaja Perempuan Yang Hilang Ditemui Dalam Beg Pakaian Ditepi Jalan

(Gambar kiri) Sim menunjukkan sekeping gambar anak perempuannya sebelum menerima berita sedih mengenai anaknya dan (kanan) merupakan suspek yang kini ditahan bagi membantu siasatan.
(Gambar kiri) Sim menunjukkan sekeping gambar anak perempuannya sebelum menerima berita sedih mengenai anaknya dan (kanan) merupakan suspek yang kini ditahan bagi membantu siasatan.
(Gambar kiri) Sim menunjukkan sekeping gambar anak perempuannya sebelum menerima berita sedih mengenai anaknya dan (kanan) merupakan suspek yang kini ditahan bagi membantu siasatan.

PETALING JAYA: "Anda boleh mengambil apa-apa daripada saya tetapi biarkan saya, keluarga dan anak saya," kata kenyataan terakhir ibu kepada Ng Yuk Tim sebelum budak perempuan berusia 15 tahun itu ditemui mati dipercayai dibunuh.

Sim Yee Ling, 35, mencatatkan mesej di 'wall' Facebook anaknya pada pukul 4.30 petang selepas anak perempuannya hilang selama lebih 24 jam.

Dia juga menghabiskan sepanjang hari pada Selasa mencari anaknya di stesen LRT Kelana Jaya, di mana anaknya itu sepatutnya mengambil tren untuk pulang ke rumah di Bandar Tun Razak.

Sementara itu, seorang lelaki yang disyaki membunuh remaja telah menyiarkan gambar budak perempuan itu di laman Facebooknya, menggesa orang ramai untuk membantu membuat pencarian pada awal pagi Selasa.

Lelaki yang berusia 23 tahun itu menulis kenyataan pada pukul 1 pagi selepas ibu kepada budak perempuan itu membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya.

Dalam kenyataan itu, lelaki berkenaan memberitahu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Yuk Tim dan mengetahui di mana dia berada supaya menghubungi ibu kepada budak perempuan itu dengan segera.

Gambar yang disiarkan menunjukkan Yuk Tim duduk bersama seorang budak perempuan lain dan suspek telah pun membuat lakaran tanda pada imejnya.

"Semua orang tolong bantu cari dia. Ibunya sedang mencari dia. Dia datang ke rumah saya untuk bantu saya buat topi keledar Cosplay. Saya menghantarnya ke stesen LRT sewaktu saya hendak pergi ke tempat kerja. Jika sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat mengenainya, sila hubungi ibunya. Semua orang cuba untuk mencarinya. Dia memakai pakaian yang sama dilihat dalam gambar ini," katanya dalam kenyataan yang pertama.

Pada kira-kira pukul 7 pagi Selasa, suspek mengemaskinikan lagi profail di Facebooknya itu.

"Sudah pun pagi. Di mana kamu Ah Tim (Ng)? Ibu dan bapa kamu mencari kamu. Jangan menakutkan kami."

Menjawab kepaada soalan dalam komen di bawahnya, dia berkata bahawa dia kali terakhir melihat Yuk Tim pada jam 3 petang apabila menghantarnya ke stesen LRT di Kelana Jaya.

Kenyataan dan gambarnya telah dikongsikan lebih 800 kali oleh pengguna Facebook yang lain.

Terdahulu, ibu saudara Yuk Tim iaitu Sim Yee Lian, 31, ketika dihubungi berkata, mereka telah cuba menghubungi suspek beberapa kali selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumah pada hari itu.

"Kita cuba dan cuba untuk menghubungi dia.

"Akhirnya, dia menjawab telefon dan berkata bahawa dia telah menghantarnya ke stesen LRT pada kira-kira pukul 3 petang," katanya.

Artikel Lain