suria

Husam Perjelas Kritikan Terhadap Kerajaan Kelantan

Husam meninggalkan kediaman Menteri Besar di JKR 10, Kota Baru selepas memberikan penjelasan berhubung kritikannya terhadap pentadbiran Kerajaan negeri Kelantan.
Husam meninggalkan kediaman Menteri Besar di JKR 10, Kota Baru selepas memberikan penjelasan berhubung kritikannya terhadap pentadbiran Kerajaan negeri Kelantan.
Husam meninggalkan kediaman Menteri Besar di JKR 10, Kota Baru selepas memberikan penjelasan berhubung kritikannya terhadap pentadbiran Kerajaan negeri Kelantan.

KOTA BARU: Bekas anggota exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa memberikan penjelasan selama dua jam di hadapan pemimpin tertinggi PAS berikutan kritikannya terhadap kerajaan negeri baru-baru ini.

Perjumpaan itu diadakan di kediaman Menteri Besar di JKR 10 di sini Selasa, yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ia turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Takiyuddin Hassan dan anggota exco.

Dua minggu lalu, Husam telah dilaporkan mengkritik kerajaan Kelantan semasa sidang DUN mengenai beberapa perkara pentadbiran kerajaan negeri.

Tinakan beliau mengejutkan anggota-anggota parti yang tidak menjangkakan seorang pemimpin senior mengkritik parti sendiri secara terbuka.

Abdul Hadi, yang kemudian cuba untuk tidak memperbesarkan isu tersebut.

Beliau berkata, tiada tindakan akan diambil terhadap Husam dan mesyuarat itu sebenarnya untuk membincangkan hala tuju pentadbiran parti.

"Kritikannya (Husam) tidak ada dalam agenda kita walaupun ia telah dibincangkan secara kolektif.

"Ia adalah satu perkara biasa bagi pemimpin untuk lantang bersuara dalam parti dan ia akan diselesaikan secara baik.

"Tetapi apabila seseorang itu tidak berpuas hati dengan sesuatu, dia perlu dilakukan dalam cara yang berlandaskan kesopanan dan rasa hormat," katanya.

Hadi berkata, apa-apa bentuk rasa tidak puas hati dalam parti akan ditangani dengan segera dan diselesaikan secara baik.

"Kita (PAS) adalah terbuka kepada kritikan Husam terhadap kerajaan Kelantan, dan mesyuarat ini telah diadakan untuk mendapatkan penjelasan beliau, walaupun kita mempunyai saluran yang betul untuk menangani perkara ini," katanya.

Artikel Lain