PRK Sungai Limau: Cuaca Mendung Sebelah Pagi Hari Penamaan Calon - Semasa | mStar

PRK Sungai Limau: Cuaca Mendung Sebelah Pagi Hari Penamaan Calon

YAN: Cuaca mendung diramal pada sebelah pagi hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Rabu (esok).

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi berkata pada sebelah petang, hujan sementara diramal berlaku.

Sehubungan itu, orang ramai yang mahu keluar rumah terutama berhampiran tempat penamaan calon dinasihatkan supaya berhati-hati dengan perubahan cuaca ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan esok sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Sungai Limau, yang akan diadakan di Dewan Dato' Madi di sini, manakala 4 November sebagai hari mengundi.

Barisan Nasional (BN) menamakan bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, sebagai calonnya manakala PAS memilih Ketua Dewan Pemuda PAS Jerai Mohd Azam Samat, 37. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta