DAP Buru 'Musuh Dalam Selimut' - Semasa | mStar

DAP Buru 'Musuh Dalam Selimut'

PETALING JAYA: Kini kontroversi DAP dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai pemilihan parti telah diselesaikan dan tumpuan kini diberikan terhadap anggota yang ingkar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah mengarahkan Setiausaha Organisasi Kebangsaan Anthony Loke untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli parti yang "memakai lencana roket tetapi di hati mereka adalah Barisan Nasional (BN)".

Sumber dalaman DAP berkata terdapat beberapa anggota parti yang vokal yang telah melemahkan parti itu pada pemilihan semula jawatankuasa pusat yang diadakan pada 29 September dan berterusan berbuat demikian.

"Kita tidak tahu secara khusus siapa mereka, tetapi ia ditujukan kepada orang-orang yang terus melemahkan parti itu selepas pemilihan," katanya.

Sumber lain berkata, veteran DAP tertentu telah membuat tuntutan yang tidak berasas mengenai pemilihan parti, termasuk menuduh DAP membawa masuk pengundi hantu.

Beberapa pemimpin akar umbi telah bercakap menentang parti terhadap masalah dalam pemilihan, seperti Zulkifli Mohd Noor, yang berulang kali mendakwa bahawa kepimpinan parti telah memanipulasi proses pengundian dalam pemilihan semula.

"Loke berkemungkinan besar perlu mendokumentasikan segala salah laku dan membawanya ke jawatankuasa. Sebelum ini status quo adalah pemimpin tidak boleh mengambil tindakan melainkan dan sehingga seseorang membuat aduan."

Beliau berkata pemimpin-pemimpin DAP dilihat akan mengambil langkah ini kerana ia tidak lagi berdepan bayang-bayang RoS.

"Sebelum ini, parti diancam oleh kuasa-kuasa luar seperti RoS yang menyatakan parti boleh dibatalkan pendaftarannya. Sekarang krisis telah berakhir, pemimpin mahu menumpukan kepada ancaman dalaman," katanya.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban, memberitahu 'The Star Online' bahawa beliau akan memulakan tugasnya minggu ini.

"Saya tiada sebarang laporan lagi, tetapi saya boleh mengatakan bahawa keputusan untuk mengambil tindakan ini pastinya tidak ditujukan kepada mana-mana orang tertentu."

Menurut satu kenyataan yang dihantar oleh Lim awal minggu ini, Loke akan menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli parti yang "cuba untuk memusnahkan dan mensabotaj DAP".

Jika mana-mana tindakan salah laku ditemui oleh Loke, beliau perlu mengemukakan aduan rasmi kepada jawatankuasa disiplin parti itu yang diketuai oleh timbalan pengerusi Tan Kok Wai.

Tan, yang juga Ahli Parlimen Cheras berkata jawatankuasa itu akan meneliti aduan yang dirujuk oleh Loke.

Beliau memberi jaminan kepada ahli-ahli parti bahawa arahan itu tidak akan melanggar kebebasan bersuara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain