suria

Perobohan Bangunan Di Jalan Sultan Tiada Kaitan Dengan Projek MRT

KUALA LUMPUR: Perobohan bangunan yang tertera mural 'I Love Jalan Sultan' tidak mempunyai kaitan dengan projek MRT, kata Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata bangunan itu yang beralamat No 49, Jalan Sultan, Kuala Lumpur dan kawasan parkir kereta di sebelahnya merupakan hartanah persendirian.

Semua aktiviti di kawasan itu seperti meruntuhkan bangunan adalah dilakukan sendiri oleh pemilik hartanah tersebut, katanya.

Beliau berkata MRT Corp telah menandatangani perjanjian dengan pemilik tersebut untuk membenarkan terowong laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dibina di bawah hartanah itu.

"Projek MRT tidak memerlukan perobohan sebarang bangunan milik persendirian di sepanjang Jalan Sultan selari dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac tahun ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain