suria

Ekuinas Tidak Rugi - Abdul Wahid

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa dakwaan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) kehilangan hampir RM400 juta dalam urusan pengambilan alih tanah di Singapura adalah tidak benar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata dakwaan itu tidak benar memandangkan syarikat yang dilantik untuk melaksanakan program penyumberan luar itun masih belum membuat sebarang pelaburan.

"Syarikat yang dilantik merupakan syarikat yang berdaya maju dalam bidang ekuiti swasta dan telah menjalani proses pemilihan.

"Dana telah diberikan dan akan dilaburkan kepada syarikat yang berdaya maju dan memenuhi kriteria yang ditetapkan Ekuinas, dengan seorang wakil akan duduk di situ," katanya lapor Bernama.

Abdul Wahid berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang bertanyakan masalah yang dihadapi Ekuinas dalam mengambil alih tanah di Singapura sehingga dikatakan hilang hampir RM400 juta.

Abdul Wahid turut menyangkal dakwaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai matlamatnya, sebaliknya menyifatkan 'kurang pencapaian tahap ekuiti korporat Bumiputera'.

"Bagaimanapun semasa DEB dilancarkan, kadar ekuiti korporat Bumiputera pada tahap 2.4 peratus, dan pada tahun 2011 telah meningkat kepada 3.5 peratus, iaitu satu pencapaian yang melebihi 10 peratus," katanya.

Katanya dasar itu memerlukan sokongan dan peranan daripada pihak swasta memandangkan bilangan saiz ekonomi yang melibatkan sektor awam adalah kecil, iaitu hanya 42 peratus daripada jumlah keseluruhan RM947 bilion pada tahun lepas.

"Saiz ekonomi awam adalah lebih kecil daripada sektor swasta dan jika dilihat pada sektor pekerjaan, sektor awam memberi peluang kepada 1.5 juta orang, iaitu 11 peratus daripada jumlah tenaga kerja di negara ini," katanya.

Abdul Wahid turut meminta pihak swasta supaya memain peranan dalam DEB yang merupakan asar negara ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

Artikel Lain