EGM MCA: Liow Terselamat - Semasa | mStar

EGM MCA: Liow Terselamat

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA terselamat daripada resolusi untuk mengecamnya pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) di sini Ahad.

Keputusan tidak rasmi pada pukul 2.20 petang menunjukkan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menang dengan majoriti 178 undi.

Seramai 2,199 atau 92.2 peratus daripada 2,385 perwakilan pusat telah mengundi dan Liow dikatakan telah mendapat kira-kira 1,190 undi.

Keputusan telah "bocor" seawal 1.45 tengahari apabila stesen televisyen menunjukkan penyokong Liow memeluk antara satu sama lain di pusat pengiraan.

Sehingga pukul 2.30 petang, pengiraan semula telah dijalankan untuk resolusi dua, yang mana untuk mengubah resolusi sebelum ini untuk tidak menerima apa-apa jawatan dalam Kabinet kerana prestasi buruk MCA dalam PRU-13 berbanding PRU-12.

Speaker berkata pengiraan semula diperlukan kerana majoriti untuk resolusi dua adalah kurang daripada 1 peratus.

Artikel Sebelum

EGM MCA: Hormati Keputusan EGM - Dr Chua

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh

Sah! Empat penjuru PRK Semenyih